Powered By Blogger

Friday, October 16, 2009

PENYESALAN




Aku rasa bersalah sekarang,
kerana apa?
Aku dah melukakan hati si dia...
aku mengaku aku yang silap,
takku sangka gurauanku menyebabkan dia terasa hati.
Kini aku menyesal,
menyesali kata-kataku,
kerana mulut badan binasa,
benarlah perumpamaan itu,
kerana sekarang aku yang merasakanya...
sepanjang malam ku termenung,
berfikir akan silapku,
adakah kemaafan yang aku dapat?
Atau akan lahirlah kebencian dari dalam hatinya.
Aku sayangkannya,
itu yang kurasa kini.
Ya aku sayangkannya,
terlampau sayangkannya sampai aku tak mampu kehilangannya,
tapi kini atas tindakan bodohku,
peluangku kembali menipis...
adakah lagi peluang untukku?
Mungkinkah pintu hati terbuka untuk memaafkan aku?
Persoalannya tak mampu untuk aku jawab,
kerana semuanya bergantung kepada dirinya...
aku sememangnya mengharapkan kemaafan darinya,
tetapi keyakinannku kini mengurang kerana
aku tak percaya masih ada harapan lagi...
tapi jauh disudut hati,
aku mengharapkan secebis harapan,
ku mengharapkan sinar harapan menjelma ibarat
cahaya mentari terbit dipagi hari....

No comments:

Post a Comment