Powered By Blogger

Tuesday, December 21, 2010

TAAK BETOI

LALALALALALA.....
aku menulis dan terus menulis.... dah tulis upload fb, upload blog.... org kata nk bg ada supporter ckit.... org katalah...

aku ni macam malas nak wat paintng sume ni... TP aku cukup rajin nak MENULIS (cerpen, novel, sajak, cereka, skrip dll) tak taulah kenapa... patutnya aku masuk ASWARA takpun amik course yg berkaitan penulisan... MAYBE lingual studies or pe2 jele...

tak lama lagi kita dah nak start penggal baru, semester baru(bebudak u) n tahun baru(bdk2 sekolah, hahahaha)... malasnya tapi cam rindu sgt kt mereka... kalau aku masuk sana aku mesti rindu kwn2, awekz2, amoi2 parkson.... Awak si gadis manis (part time promoter) sy mesti rindu awak... (maloole)

UiTM di hatiku.... Ye2.. Junior2 selamat bertemu... kalau jumpa bg salam... xsabo nk jumpe junior... rakan2 sekelasku dan juga semester ngn aku GET READY FOR OUR EXHIBITION!!!!
sayang, sayang...

oklah... aku nak sambung wat kerja fav aku (bukan menulis ok? menulis 2 num 2....) jumpe di FB ke laman2 sesawang yg len...

wassalam

Sunday, November 14, 2010

assalamualaikum dan selamat pagi

aku rasa kalau jam sekarang nie, kebanyakan manusia biasa dah lena diulit mimpi. tp aku nie tak boleh2 nak tidur... nak buat painting cam takut jew. so online jele... dan mencoret sedikit info di blog aku nie.

pagi nie aku susah sangat nak tidur. bukan pagi nie jew, tapi dh beberapa pagi sebenarnya. so aku nak tanyalah, apa aktiviti yang patut dibuat masa cuti sem nie? cam aku, aku nak wat painting, design kasut, tulis cerpen, karang novel dan poem2 dan paling PENTING sekalik, iaitu KERJA!!!

kerja? kerja apa yang nak buat? aku sebenarnya bukan jenis yang suka makan gaji sangat... aku suka berniaga... aku suka jadik bos aku sendiri. bak kata RASULULLAH SAW, 9/10 dr pintu rezeki itu adalah berniaga. dan aku suka amik cara orang CINA. mereka sangat suka berniaga... n mereka amat bijak berniaga.

tp kan, aku kerja pn makan gaji gak... aduh! tapi takpe. aku amik gak upah LUKIS POTRET, DESIGN MERCHANDISE, DESIGN LOGO. kalau ada sesapa yang nak terutama dari kawasan IPOH/MELAKA blhle cari aku... comment jew kt post nie, takpun cmnt FB aku.(cai je nama TUK KURA, mezti jumpe)

skang aku ngah kumpul duit. cadang nak beli kamera. kamera lomo jew... BLACKBIRD FLY(BBF) smart sihh function dia....

Wednesday, November 10, 2010

ESTET


kawanku SARAH MOHAMAD meminta aku untuk menpromotekan filem ESTET so aku pn tolonglah. lagipn ak mmg cukup gemor filem arahan MAMAT KHALID... org kg teman le katakan. mike2 sekalian pe lagi? mari tonton filem ESTET nie....

Tuesday, November 9, 2010

LAYAN PERASAAN

assalamualaikum wbt

hari ini, aku terlihat sebuah gambar di dalam facebook. aku terbaca commentnya. kawanku seorang ini sedang menikmati saat-saat indah bersama teman lelakinya.

aku gembira untuk dia sungguhpun aku terasa syahdu seketika. dulu gadis ini yang aku gelarkan A amat aku cintai. aku terlalu sayangkan dia. tapi kini dia sudah berpunya. sedang berbahagia bersama kekasihnya, B.

aku tak boleh untuk memberi komen apa-apa. aku hanya syahdu dan sedih. kalaulah TUHAN temukan kami. alangkah bahagianya. A menambat jiwaku sejak di semester 1 lagi. tapi setelah 3 semester berlalu, akhirnya aku tewas. bukan di semester 3 aku tewas, tapi semenjak di semester 1 lagi. B juga begitu, menyukai dalam diam A sejak semester 1. dan kini dia berjaya memenangi hatinya.

mungkin aku kalah kerna aku terlalu mengejar, terlalu mengharap dan berpura-pura. akhirnya aku tewas jua. hahahaha... syahdunya aku kala jari jemariku laju menaip coretan ini. kerna aku didendangkan dengan gesekan biola lagu romeo and juliet-edvin marton. pilunya hati ini.

tapi kini ku sedar, aku ada dia, F untuk menemani hidupku. aku harus hargainya, belainya, menjaganya. tetapi aku tetap takkan lupakan A kerna A mempunyai 1001 kenangan dalam hidupku. gadis pertama kulukis potretnye, gadis pertama kukarangkan skrip dan lain-lain.

Akhir kata Wassalam....

OMG!!!!!!!!!!!!1

semenjak dua menjak ni,(lepas balik IPOH), aku susah giler nak tidur... asyik2 online, online, online jew. badan lak kejap cam susut, kejap cam naik. pale aku dah naik tingtong nie dibuatnye... lalalalala. giler kentang.... aduh... lepas raya haji aku nak start kerja balik. nak cari duit... cadang nak beli sikit2 barang... niele antara barangan yang aku nak beli.... pecah pale nak cari duit beb . . .










Tuesday, October 19, 2010

GILER

setelah sekian lama xupdate blog, rinie ak berkesempatan nk luangkan masa.... ak dh macam org giler pn ad... assgnment berlambak2.... ya ALLAH tolonglah ak hadapi dugaan ni...

Monday, April 5, 2010

penilaian caa170

hari nie penilaian final caa... next week dh xde kelas... beh!!!!!!!! tp cm buhsan gak....

Monday, February 15, 2010

KITA


Malam itu aku melihat ke arah langit
suasana gelap bersama dengan tiupan angin malam nan sejuk
tingkapku tutup kerana tak mampu untuk menahan kesejukan malam itu.
Sungguh sesekali aku teringat akan kau
sungguh aku cuba melupai dirimu tetapi
terlalu sukar bagiku
kerna aku terlalu mencintai kau
aku menatap gambar wajahmu
yang ku simpan itu
gambar kita berdua amat serasi sekali
tapi itu hanya pada pandangan mata sang buta
yang tak mampu menilai antara yang berlian mahupun kaca
sungguh gambar itu hanyalah kaca yang jatuh ke bumi terhempas jua
bukan seperti berlian yang kekal kukuh walaupun telah jatuh ke bumi
sayu kulihat gambar itu
gambar kau dan aku
ya kau yang satu,
tiada yang lain didalam hatiku
ya aku mencintai kau
ya aku menyayangi kau
tetapi sebaliknya bagi dirimu
betapa pedihnya rasa hati tatkala itu
aku hanya mampu berdiam diri,
titik-titik air mata seorang lelaki tumpah jua akhirnya
menandakan kekalahan aku kepada cinta
sungguh aku agak kecewa
tetapi apakan daya
masa berlalu tetapi luka di hati masih berdarah lagi
terlalu sukar untuk bersambung kembali
mengapa begini terjadi kepadaku?
Bukanku kesali takdir tetapi itu yang aku rasa sekarang
hanya kau yang satu akan ku tetap kenangan
kau dan aku walaupun tiada antara kau dan aku istilah
KITA

AKU MERELAKANNYA PERGI



Tidak kusangka begini pengakhiran satu kisah cinta agung,
tidak seperti cerita-cerita cinta yang lain.
Bukan seperti kisah cinta ADAM dan HAWA,
tetapi cinta ini berakhir dengan kesedihan.
Cinta bertepuk sebelah tangan...
aku sukakan dia, aku sayangkan dia,
tetapi adakah dia sayangkan mahupun cintakan aku?
Aku memang terlampau sayangkan dia,
tak mampu untuk aku membuat dia menangis,
aku ingin mengembirakannya.
Membuatkan dia sentiasa tersenyum...
aku mahukan dia bahagia walaupun aku sendiri kurang bahagia.
Aku rela melepaskannya asalkan dia gembira
sungguhpun hati dirobek sedalam-dalamnya.
Aku relakan jua demi sayangku kepadanya...
aku tak ingin melukakan hatinya,
jadi aku relakan sahaja.
Adakah tindakanku ini betul?
Entahlah, aku pun tak tahu.
Tetapi apa yang penting adalah dia bahagia,
pabila dia bahagia,
pasti aku jua berbahagia deminya...

KECANTIKAN



Kecantikan suatu yang subjektif,
cantik tak semestinya pada paras rupa,
cantik tak semestinya pada luaran saja.
Kecantikan boleh di tafsir dari berbagai sudut,
kecantikan semulajadi datang dari keluhuran hati,
kecantikan sejati datang dari hati,
cantik yang terbaik datang dari dalam jiwa yang ikhlas.
Kecantikan membuatkan seseorang takbur,
kecantikan membuatkan seseorang lupa dirinya,
kecantikan menyebabkan seseorang itu ujub.
Kecantikan menyebabkan seseorang itu jatuh....