Powered By Blogger

Monday, December 28, 2009

masa

masa berlalu detik demi detik hari berganti hari
minggu berganti minggu
bulan berganti bulan
kini aku sedar akan satu kenyataan
dia tak menyukai aku sebagaimana aku menyukai dia
rasa yang aku tanggung
membuatkan aku terbongkok
tapi kini aku semakin mengerti melepaskannya pergi...
pergi berlalu meninggalkan lukaku disini...
aku sudah mengerti, kini masa untuk pergi
perjalanan masih jauh di hadapan sana lagi
maka aku tegakkan badan ini,
berjalan dengan penuh segak
untuk menghadapi dugaan nanti
kerna masa aku tak lama lagi....

Sunday, December 13, 2009

harapan palsu


aku tersedar dari lamunan,lamunan yang lama ini.hatinya bukan untukkudan aku bukan untuknya.ku sangka di menyukaiku,rupa-rupanya ianya palsuharapan yang diberi membuatkanku buta mata hatitidak nampak akan realiti sebenarnya.dia tak pernah menyukaiku lebih dari itudia hanya menganggap aku teman biasa tetapi aku yang bodoh mengharapkan pada sesuatu yang palsu cuba menggapainya tetapi terlalu tinggi hinggakan aku terjatuh ibarat kaca terhempas ke bumi.pecah, musnah hingga menjadi seribu kepingan halusitu jugalah ibaratnya impian aku, musnah dan hanya tinggal serpihan-serpihan kecil yang tak mampu dikutip dan dicantum semula....akanku pergi meninggalkan harapan ini dengan hati yang terluka dan musnah....

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

selamat hari raya semua... moga ibadah korban anda diterima...

Sunday, November 22, 2009

TAUBAT SEORANG HAMBA


Setiap apa yang kita rancang,
mungkin takkan terlaksana,
kerana sesungguhnya ALLAH swt jua yang menentukan segalanya.
Kita hanya mampu merancang,
sebaliknya setiap penentuannya ditentukan oleh ALLAH swt jua...
aku cintakan kau,
tetapi ALLAH swt sesungguhnya lebih menyayangimu.
ALLAH swt mengambilmu pergi lebih awal dariku.
Mula-mulanya aku kecewa,
kerana apa ALLAH swt mengambILmu pergi buat selama-lamanya.
Aku menyalahkan takdir tatkala itu.
Aku tak mampu berfikir secara rasional.
Aku terlalu mencintaimu hingga aku terlupa sesuatu...
rasa cinta aku kepada ALLAH swt makin berkurangan,
mungkin ada hikmat disebalik semua ini.
ALLAH swt menguji tahap keimananku,
kini baru kumengerti kenapa perkara ini terjadi...
sesungguhnya setiap kejadian itu pasti ada hikmatnya...
ya, ada hikmatnya,
aku tersedar dari lamunanku,
sesungguhnya selama ini aku terlupa akan KAU YA ALLAH...
aku terlalu menyayangi dia sampai aku terlupa,
terlupa akan tanggungjawabku kepada-MU.
Aku terlupa akan-mu.
Aku terlupa tanggungjawabku di dunia yang fana ini.
Sesungguhnya tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-KU.
Kini aku tersedar,
aku kembali sujud kepadamu.
Aku menundukkan kepalaku lebih rendah dari punggungku
di atas bumi ini hanya untuk-MU,
menunjukkan betapa tingginya ZAT-MU ya TUHANKU.
Ya TUHANKU, sesungguhnya aku ini insan yang lemah,
yang bodoh lagi dangkal,
yang hina lagi rendah,
yang terlalu lemah,
takku mampu berdiri melainkan dengan kehendak-MU,
tak mampu aku melakukan apa-apa saja di dunia ini
melainkan dengan iradah-MU.
Takku wujud di dunia ini melainkan atas kehendak-MU YA ALLAH...
sesungguhnya aku memohon ampun dan taubat kepada-MU,
terima taubatku ini sesungguhnya ENGKAU yang menerima taubat
dan memberi taubat,
aku memohon kepadamu dengan serendah-rendah imanku,
serendah-rendah darjatku kepada-MU ya ALLAH,
KAU terimalah taubatku...

Friday, November 20, 2009

i juz can't believe it!!!!!!!!!

naruto 472-a deadly battle in an underwater prison- samehada have grown attached to HACHIBI...
what will happen? OMG, i juz can't wait for the next episode!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 18, 2009

UNTITTLED


saat kau pergi meninggalkan aku.
Hatiku terasa nyilu, bagai dihiris dengan belati.
Luka di hati semakin mendalam,
tanpa ada ubat di sisi...
hati terluka bila kau pergi,
pergi meninggalkan aku sendiri.
Hatiku sentiasa terkenangkan saat kita bersama,
suatu masa dulu kita berjalan beriringan
menyelusuri liku-liku kehidupan...
kau tetap pergi tanpa memikirkan tentang aku,
pergi meninggalkan aku dalam terpinga-pinga.
Aku menangisi permergianmu setiap hari
kerana hati ini berat melepaskan kau pergi.
Kini telah lama kau pergi
luka di hati hampir sembuh kini,
tapi kehangatan cinta kita dulu
tetap tersemat di dalam hati.
Akanku buang semua memori tentang kau,
memori suka-duka kau dan aku.
Tidak sanggup kutangisi pemergianmu lagi.
Kini lebih baik aku tinggalkan kau bersama setiap cebisan memori kita ini.
Tatkala ini, rindu dihati kepadamu mulai menipis,
kini ada cinta baru di hati.
Cinta yang menggantikan tempat lamamu,
menggantikan kehangat kisah cinta kita satu masa dulu.
Kini ku berbahagia bersama cinta baruku begitu jua dengan kamu.
Akan ku mendokan kebahagian kau kerana sesungguhnya seperti yang pernah ku katakan,
jika kau bahagia, pasti akukan bahagia jua.
Sungguh kini dendam di hati kian mencair,
ibarat ketulan ais yang mencair di bawah terik mentari....

Tuesday, November 17, 2009

KAU


Kau mengetuk-ngetuk pintu hatiku.
Kedatangan kau menyenangkan aku.
Aku tak tahu jika kau berasa begitu tetapi
aku mengharap kau juga rasa begitu.
Saat empat mata bertemu,
terasa satu kelainan dalam diriku.
Umpama renjatan elektrik dalam voltan yang rendah.
Cukup untuk mengejutkanku,
bangkit ke alam realiti kembali.
Kau sungguh manis,
senyumanmu mempesonakan,
keayuanmu menyebabkan tiap-tiap mata tak terkedip melihatmu.
Sungguhpun kau menegah kataku,
tetapi itulah kenyataannya,
jawapan ikhlas dari pandangan seorang lelaki.
Kau menegaskan sesungguhnya ramai lagi yang cantik,
tetapi pada mataku hanya kau yang cantik, manis,
sesungguhnya kau meragut setiap kewarasan aku.
Kau membuatku termangu-mangu,
kau membuatku berkata sendirian,
kau membuatku tersenyum sipu,
tatkala memikirkan tentang kamu.
Sungguh kumengaku,
mataku tertarik padamu bukan pada pandangan mata pertama,
tetapi yang pasti kau telah menambat hatiku.
Aku sering kerinduan bilamana kau mendiam seribu bahasa,
tidak mengutuskan sebarang khabar berita.
Terus-terang aku katakan, aku kerisauan.
Risau memikirkan tentang kamu.
Acapkali ku memikirkan akan kamu,
setiap masa, ketika, hanya kamu.
Aku tak pasti sama ada kau memikirkan tentang aku jua?
Itu aku tiada jawapannya.
Tetapi sesungguhnya kumengharapkan kau juga memikirkan tentangku.
Ku mengharapkan yang aku tidak bertepuk sebelah tangan.
Ku tak memaksamu agar mempunyai rasa yang sama,
tapi kumengharapkan kau rasanya.
Mengharapkan kau merasai apa yang aku rasa.
Aku lihat wajahmu,
muncul berbagai-bagai rasa.
Rasa yang ku coretkan menjadi satu luahan rasa.
Luahan rasa yang mendalam yang bisa ditafsirkan.
Coretan perasaanku tatkala ini, tatkala itu.
Coretan yang kuhanya mampu berharap kau membacanya,
kerana sesungguhnya kau akan mengenaliku lagi.

bercuti-cuti sambil menaikkan berat badan....

duduk rumah, makan, minum, tidur, mengadap laptop from dawn till dawn... tulah rutin harianku... tgk muvee hantu, romantik, pokemon, bleach, naruto, anime, drag me to hell, 2012, crows zero 1 n 2, men game pokemon emerald n platinum, men yu gi oh, tgk tv, lukis2 potret dr realism jdk cubism... menulis coretan dan luahan hati.... lalu aku terbitkan blog nie....

Wednesday, November 4, 2009

AMANAT TERAKHIR

Mataku kian terpejam,
takku tertanggung kesakitan tatkala ini,
aku tak mampu untuk pergi lagi,
meninggalkan kau sendiri,
menjalani kehidupan penuh pancaroba dunia ini,
manakan sanggup untukku tinggalkan kau,
kerana tatkala itu,
air matamu bercucuran,
takku sanggup melihat air mata jernihmu berguguran kerana aku.
Tolong aku,
jangan kau menangis lagi,
sesungguhnya air matamu menyebabkan aku sedih,
ku menyeka air matanya berharap tidak lagi
butir-butir kaca air matanya tumpah lagi.
Tolonglah tabah untukku,
sesungguhnya akan ada penggantiku untuk kau,
kau perlu bersabar,
aku sentiasa ada di sisimu...
Tidak tertanggung lagi kesakitanku ini,
oh Tuhan segeralah permudahkan pemergianku ini,
akhirilah segala kesengsaraanku.
Aku berharap kau akan tabah menghadapi pemergianku,
sesungguhnya setiap makhluk akan tetap pergi,
yang tinggal hanya Allah swt.
Maka jangan kau bersedih,
kau simpanlah segala kenangan manis kita berdua bersama,
sematkan di dalam hati akan memori ita itu,
janganlah kau lupakan aku setelah lama pemergianku.
Ini amanat terakhirku,
maafkanlah segala salah silapku,
halalkan segala makan minumku,
hulurkan tanganmu,
biarlah aku memegangnya buat kesekian kalinya,
sebelumku pergi buat selamanya.
Aku tahu kau akan perlahan-lahan melupakanku,
aku tidak kisah kerana itu azali manusia,
tetapi aku berharap,
sungguhpun kau lupa warna rambutku, bauku, rupaku, gayaku, percakapanku, gelagatku,
tetapi aku berharap kau tidak akan melupakan aku sebagai cintamu.
Aku cintakan kau,
kini tenanglah aku untuk pergi buat sekian kalinya...........

Sunday, October 18, 2009

SAHABAT
persahabatan yg indah terjalin antara dua insan...
sedari mula berjalan sehinggalah satu masa dimane seorang pergi
pergi meninggalkan si teman sendiri
menjalani kehidupan suka duka sendiri, tanpa tempat meluahkn perasaan
tanpa telinga utk mendengar segala permasalahan
apakah yang kau rasakn, sebagai sahabat pabila temanmu pergi?
hancur luluh hatimu melihat sekujur tubuh kaku
rakanmu, di pembaringan
tidak berkata apa2 hanya disitu, terkaku.
dibaluti sehelai kain putih setelah dimandikan, di solahkan...
kini tinggal masa utk dibawa pergi....
pergi ke satu destinasi yang jauh sekali.
temanmu pergi meninggalkan kau sendiri.
katanya mogakan bertemu kita kelak di tempat yang lebih sempurna di mana ALLAH berada, di mana para NABI dan RASUL berada, di mana para syuhada berada.... di mana tempat-tempat orang beriman berada...
disitu kelak kitakan berjumpa....
selamat tinggal sahabat, ku ampunkan segala salah silapmu, kuhalalkan segala makan minummu.... sesungguhnya kau tiada salah denganku...
ku juga mengharap yang sama darimu, kau maafkanlah segala dosa-dosaku, kau halalkanlah segala makan minumku.....
assalamualaikum sahabatku.....

Friday, October 16, 2009

PENYESALAN




Aku rasa bersalah sekarang,
kerana apa?
Aku dah melukakan hati si dia...
aku mengaku aku yang silap,
takku sangka gurauanku menyebabkan dia terasa hati.
Kini aku menyesal,
menyesali kata-kataku,
kerana mulut badan binasa,
benarlah perumpamaan itu,
kerana sekarang aku yang merasakanya...
sepanjang malam ku termenung,
berfikir akan silapku,
adakah kemaafan yang aku dapat?
Atau akan lahirlah kebencian dari dalam hatinya.
Aku sayangkannya,
itu yang kurasa kini.
Ya aku sayangkannya,
terlampau sayangkannya sampai aku tak mampu kehilangannya,
tapi kini atas tindakan bodohku,
peluangku kembali menipis...
adakah lagi peluang untukku?
Mungkinkah pintu hati terbuka untuk memaafkan aku?
Persoalannya tak mampu untuk aku jawab,
kerana semuanya bergantung kepada dirinya...
aku sememangnya mengharapkan kemaafan darinya,
tetapi keyakinannku kini mengurang kerana
aku tak percaya masih ada harapan lagi...
tapi jauh disudut hati,
aku mengharapkan secebis harapan,
ku mengharapkan sinar harapan menjelma ibarat
cahaya mentari terbit dipagi hari....


HATI LELAKI YANG PUNAH
hati dia punah,tatkala matanya tertancap suatu gambar....gambar yang menguris hatinya, gambar yang menghancurkan seribu harapannya,gambar yang menyebabkannya terkaku,terkedu, terdiam seribu bahasa,tak mampu mengeluarkan suara....gambar seseorang yang dia minati teramat dalam,gambar si dia bersama lelaki lain...punah hatinya, tak terkata...ibarat gelas kaca jatuh ke lantai,musnah seribu butir kecil...harapan yang tinggi kini jatuh berderai,jatuh ke atas tanah yang keras....hatinya kini terasa terpukul,egonya meninggi mengatakan tiada apa-apa,tetapi dia tak mampu menipu diri sendiri,jauh di dalam sudut hatinya,dia bersedih,menangisi kesilapannya,meletakkan harapan terlalu tinggi,harapan yang tidak dapat di capai....hatinya kini musnah, berkecai....biarlah dia berlalu, pergi mencari yang lain.....