Powered By Blogger

Monday, February 15, 2010

KITA


Malam itu aku melihat ke arah langit
suasana gelap bersama dengan tiupan angin malam nan sejuk
tingkapku tutup kerana tak mampu untuk menahan kesejukan malam itu.
Sungguh sesekali aku teringat akan kau
sungguh aku cuba melupai dirimu tetapi
terlalu sukar bagiku
kerna aku terlalu mencintai kau
aku menatap gambar wajahmu
yang ku simpan itu
gambar kita berdua amat serasi sekali
tapi itu hanya pada pandangan mata sang buta
yang tak mampu menilai antara yang berlian mahupun kaca
sungguh gambar itu hanyalah kaca yang jatuh ke bumi terhempas jua
bukan seperti berlian yang kekal kukuh walaupun telah jatuh ke bumi
sayu kulihat gambar itu
gambar kau dan aku
ya kau yang satu,
tiada yang lain didalam hatiku
ya aku mencintai kau
ya aku menyayangi kau
tetapi sebaliknya bagi dirimu
betapa pedihnya rasa hati tatkala itu
aku hanya mampu berdiam diri,
titik-titik air mata seorang lelaki tumpah jua akhirnya
menandakan kekalahan aku kepada cinta
sungguh aku agak kecewa
tetapi apakan daya
masa berlalu tetapi luka di hati masih berdarah lagi
terlalu sukar untuk bersambung kembali
mengapa begini terjadi kepadaku?
Bukanku kesali takdir tetapi itu yang aku rasa sekarang
hanya kau yang satu akan ku tetap kenangan
kau dan aku walaupun tiada antara kau dan aku istilah
KITA

AKU MERELAKANNYA PERGI



Tidak kusangka begini pengakhiran satu kisah cinta agung,
tidak seperti cerita-cerita cinta yang lain.
Bukan seperti kisah cinta ADAM dan HAWA,
tetapi cinta ini berakhir dengan kesedihan.
Cinta bertepuk sebelah tangan...
aku sukakan dia, aku sayangkan dia,
tetapi adakah dia sayangkan mahupun cintakan aku?
Aku memang terlampau sayangkan dia,
tak mampu untuk aku membuat dia menangis,
aku ingin mengembirakannya.
Membuatkan dia sentiasa tersenyum...
aku mahukan dia bahagia walaupun aku sendiri kurang bahagia.
Aku rela melepaskannya asalkan dia gembira
sungguhpun hati dirobek sedalam-dalamnya.
Aku relakan jua demi sayangku kepadanya...
aku tak ingin melukakan hatinya,
jadi aku relakan sahaja.
Adakah tindakanku ini betul?
Entahlah, aku pun tak tahu.
Tetapi apa yang penting adalah dia bahagia,
pabila dia bahagia,
pasti aku jua berbahagia deminya...

KECANTIKAN



Kecantikan suatu yang subjektif,
cantik tak semestinya pada paras rupa,
cantik tak semestinya pada luaran saja.
Kecantikan boleh di tafsir dari berbagai sudut,
kecantikan semulajadi datang dari keluhuran hati,
kecantikan sejati datang dari hati,
cantik yang terbaik datang dari dalam jiwa yang ikhlas.
Kecantikan membuatkan seseorang takbur,
kecantikan membuatkan seseorang lupa dirinya,
kecantikan menyebabkan seseorang itu ujub.
Kecantikan menyebabkan seseorang itu jatuh....

Monday, December 28, 2009

masa

masa berlalu detik demi detik hari berganti hari
minggu berganti minggu
bulan berganti bulan
kini aku sedar akan satu kenyataan
dia tak menyukai aku sebagaimana aku menyukai dia
rasa yang aku tanggung
membuatkan aku terbongkok
tapi kini aku semakin mengerti melepaskannya pergi...
pergi berlalu meninggalkan lukaku disini...
aku sudah mengerti, kini masa untuk pergi
perjalanan masih jauh di hadapan sana lagi
maka aku tegakkan badan ini,
berjalan dengan penuh segak
untuk menghadapi dugaan nanti
kerna masa aku tak lama lagi....

Sunday, December 13, 2009

harapan palsu


aku tersedar dari lamunan,lamunan yang lama ini.hatinya bukan untukkudan aku bukan untuknya.ku sangka di menyukaiku,rupa-rupanya ianya palsuharapan yang diberi membuatkanku buta mata hatitidak nampak akan realiti sebenarnya.dia tak pernah menyukaiku lebih dari itudia hanya menganggap aku teman biasa tetapi aku yang bodoh mengharapkan pada sesuatu yang palsu cuba menggapainya tetapi terlalu tinggi hinggakan aku terjatuh ibarat kaca terhempas ke bumi.pecah, musnah hingga menjadi seribu kepingan halusitu jugalah ibaratnya impian aku, musnah dan hanya tinggal serpihan-serpihan kecil yang tak mampu dikutip dan dicantum semula....akanku pergi meninggalkan harapan ini dengan hati yang terluka dan musnah....

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

selamat hari raya semua... moga ibadah korban anda diterima...

Sunday, November 22, 2009

TAUBAT SEORANG HAMBA


Setiap apa yang kita rancang,
mungkin takkan terlaksana,
kerana sesungguhnya ALLAH swt jua yang menentukan segalanya.
Kita hanya mampu merancang,
sebaliknya setiap penentuannya ditentukan oleh ALLAH swt jua...
aku cintakan kau,
tetapi ALLAH swt sesungguhnya lebih menyayangimu.
ALLAH swt mengambilmu pergi lebih awal dariku.
Mula-mulanya aku kecewa,
kerana apa ALLAH swt mengambILmu pergi buat selama-lamanya.
Aku menyalahkan takdir tatkala itu.
Aku tak mampu berfikir secara rasional.
Aku terlalu mencintaimu hingga aku terlupa sesuatu...
rasa cinta aku kepada ALLAH swt makin berkurangan,
mungkin ada hikmat disebalik semua ini.
ALLAH swt menguji tahap keimananku,
kini baru kumengerti kenapa perkara ini terjadi...
sesungguhnya setiap kejadian itu pasti ada hikmatnya...
ya, ada hikmatnya,
aku tersedar dari lamunanku,
sesungguhnya selama ini aku terlupa akan KAU YA ALLAH...
aku terlalu menyayangi dia sampai aku terlupa,
terlupa akan tanggungjawabku kepada-MU.
Aku terlupa akan-mu.
Aku terlupa tanggungjawabku di dunia yang fana ini.
Sesungguhnya tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-KU.
Kini aku tersedar,
aku kembali sujud kepadamu.
Aku menundukkan kepalaku lebih rendah dari punggungku
di atas bumi ini hanya untuk-MU,
menunjukkan betapa tingginya ZAT-MU ya TUHANKU.
Ya TUHANKU, sesungguhnya aku ini insan yang lemah,
yang bodoh lagi dangkal,
yang hina lagi rendah,
yang terlalu lemah,
takku mampu berdiri melainkan dengan kehendak-MU,
tak mampu aku melakukan apa-apa saja di dunia ini
melainkan dengan iradah-MU.
Takku wujud di dunia ini melainkan atas kehendak-MU YA ALLAH...
sesungguhnya aku memohon ampun dan taubat kepada-MU,
terima taubatku ini sesungguhnya ENGKAU yang menerima taubat
dan memberi taubat,
aku memohon kepadamu dengan serendah-rendah imanku,
serendah-rendah darjatku kepada-MU ya ALLAH,
KAU terimalah taubatku...