Powered By Blogger

Tuesday, November 17, 2009

KAU


Kau mengetuk-ngetuk pintu hatiku.
Kedatangan kau menyenangkan aku.
Aku tak tahu jika kau berasa begitu tetapi
aku mengharap kau juga rasa begitu.
Saat empat mata bertemu,
terasa satu kelainan dalam diriku.
Umpama renjatan elektrik dalam voltan yang rendah.
Cukup untuk mengejutkanku,
bangkit ke alam realiti kembali.
Kau sungguh manis,
senyumanmu mempesonakan,
keayuanmu menyebabkan tiap-tiap mata tak terkedip melihatmu.
Sungguhpun kau menegah kataku,
tetapi itulah kenyataannya,
jawapan ikhlas dari pandangan seorang lelaki.
Kau menegaskan sesungguhnya ramai lagi yang cantik,
tetapi pada mataku hanya kau yang cantik, manis,
sesungguhnya kau meragut setiap kewarasan aku.
Kau membuatku termangu-mangu,
kau membuatku berkata sendirian,
kau membuatku tersenyum sipu,
tatkala memikirkan tentang kamu.
Sungguh kumengaku,
mataku tertarik padamu bukan pada pandangan mata pertama,
tetapi yang pasti kau telah menambat hatiku.
Aku sering kerinduan bilamana kau mendiam seribu bahasa,
tidak mengutuskan sebarang khabar berita.
Terus-terang aku katakan, aku kerisauan.
Risau memikirkan tentang kamu.
Acapkali ku memikirkan akan kamu,
setiap masa, ketika, hanya kamu.
Aku tak pasti sama ada kau memikirkan tentang aku jua?
Itu aku tiada jawapannya.
Tetapi sesungguhnya kumengharapkan kau juga memikirkan tentangku.
Ku mengharapkan yang aku tidak bertepuk sebelah tangan.
Ku tak memaksamu agar mempunyai rasa yang sama,
tapi kumengharapkan kau rasanya.
Mengharapkan kau merasai apa yang aku rasa.
Aku lihat wajahmu,
muncul berbagai-bagai rasa.
Rasa yang ku coretkan menjadi satu luahan rasa.
Luahan rasa yang mendalam yang bisa ditafsirkan.
Coretan perasaanku tatkala ini, tatkala itu.
Coretan yang kuhanya mampu berharap kau membacanya,
kerana sesungguhnya kau akan mengenaliku lagi.

No comments:

Post a Comment